Selasa, 27 November 2012

LAKSAM SPESEL


Inilah laksam yg saya tuliskan sebelumnya...

cara membuat teow..
1. 1 cawan tepung beras
2. 11/2 cawan air
* bancuh tepung n air sehingga sebati sebagaimana adunan membuat lempeng.(anggaran).

cara masak...
1. Panaskan pengukus.
2. Gunakan tutup periuk untuk membuat lempeng, sapukan sedikit minyak pada tutup periuk untuk mengelakkan tepung drpd melekat. Letakkan sesenduk adunan tepung ke atas tutup periuk kmdn kukus lbh kurang 3 minit.
3. Dah masak, biar sejuk sedikit kmdn boleh digulung dan teruskan membuatnya sehingga adunan habis.

cara membuat kuah...
1. ikan kembung- ikut suka banyak mana.kalau xde ikan kembung blh guna ikan sardin(curut). Rebus dan blender isinya.
2. Bawang merah ikut suka.
3. 1 biji kelapa ambil santannya.
* Rebus bahan2 dan jgn lupa masukkan beberapa keping asam keping, ikut suka. Letak garam secukup rasa.

Bahan2 sampingan...
1. sambal - cili besar + cili padi + bawang merah + cuka + gula. Kmdn dimasak.
2. Kacang panjang.
3. Bunga kantan.
4. Limau kasturi.
5. Taugeh.

Boleh makan ikut citarasa masing2...

Selamat mencuba n menjamu selera.
hari ini selesai kerja2 yang sepatutnya diselesaikan...Bos kami menyediakan hidangan LAKSAM SPESEL untuk kami...wah sungguh umphhh sehingga menjilat mangkuk...kepada sahabat2 lain jangan jeles n ngences...

Ahad, 18 November 2012

Bersama keluarga tercinta

ketika "merambu" ke k. selangor bersama keluarga.....
di zoo Melaka(taman rama-rama) dengan si adik....(sorry tudung dah hilang...PANAS!!!!)
Bersama si kakak yang comel & montel....
My belove husband n children...




ketika 'berpusing' di Menara Taming Sari...

Korban 2010






HAJI 2009 (ayahibu)





Bercanda di dalam air

kakakku 'makwe' ngan adik di Sg. Bil
Berenang ke berkubang????....


Takut hanyut.....

Khamis, 15 November 2012

KUAH SUP SEMPOI

ari ni aku masak mee sup sempoi.... Beli udang, sotong, sawi, tauge and beberapa perkara untuk keperluan memasak sup.

Bahan2 sup:
Bawang besar 1 labu- hiris
bawang putih 2 ulas-hiris
cili besar 1 biji-hiris
halia 1 inci-hiris
lada putih 1 sudu teh-tumbuk
bunga lawang n kayu manis
* tumis semua bahan di atas dan masukkan bunjut sup.

Letak air secukupnya.

sayur2an:
 sawi, tauge, tahu
masukkan sotong dan udang.
jgn lupa rebus mee.


sebagai perasa masukkan sedikit garam dan gula ikut rasa.

Ahad, 4 November 2012

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...